Majestic
Heli Ski

Kami mendapat hampir separuh daripada pemain ski daripada YouTube.

400%

peningkatan dalam asas pelanggan sepanjang lima tahun yang lalu

25%

peningkatan jualan setiap tahun sejak bermula pada YouTube

Perihal kami

Saya dahulu pengajar ski profesional sebelum bertukar kerjaya untuk menjadi juruterbang helikopter dalam Tentera AS. Apabila saya keluar, saya sebenarnya hanya layak untuk melakukan tiga perkara, menjadi pengajar ski, juruterbang helikopter, dan minum bir. Jadi munasabahlah saya memulakan Majestic Heli Ski. Kami menawarkan aktiviti ski berhelikopter di kawasan terpencil di Alaska – salji berdebu yang belum dijejaki, gunung-ganang yang besar, dan penginapan mewah – untuk percutian ski yang tiada tandingan. Membina asas pelanggan ialah cabaran utama kami.

Matlamat: Kesedaran, Tindakan

Perkara yang kami lakukan

Iklan video ialah cara terbaik untuk kami mempamerkan pengalaman Majestic Heli Ski. Dan penyasaran iklan video membantu kami memberi tumpuan kepada orang yang kami perlu jangkau – daripada lingkungan umur pelanggan biasa kami hinggalah ke negara yang aktiviti ski merupakan aktiviti yang popular. Kami juga tertumpu pada orang yang mencari tempat peranginan ski atau jenis ski tertentu dalam talian. Usaha ini amat bersasaran – lebih kurang 50% pelanggan baharu kami kini menemui kami menerusi YouTube.

Anda tahu [bagaimana] tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan? Video nilainya sejuta. Mereka melihat rumah inap, makan malam, aktiviti ski – dan mereka faham. Selain itu, YouTube menyamaratakan lapangan dengan membolehkan saya menjangkau pelanggan yang mungkin sebaliknya akan melihat perniagaan lain yang lebih mantap.

Mulakan dengan YouTube Ads

MULA SEKARANG